sepuluh yang terakhir
Friday, 2 August 2013 02:40
Assalamualaikum.."kita tak layak untuk merubah manusia untuk berhijrah menjadi baik kerana si Pemberi hidayah adalah Allah.Tapi kita boleh berusaha." bila bercakap tentang agama mulalah isu pakaian dibangkitkan, isu dosa semalam dicanangkan, isu kekhilafan diri diperkatakan. tak semestinya tudung tak labuh dia tak menutup aurat. bukan semua manusia hidup selamanya dalam dosa. dan tak ada manusia yang tak pernah khilaf. jadi jadikan ramadhan kali ni sebagai satu batu loncatan untuk jadi yang lbih baik dari semalam. buka mata kita. buka mata? emm maksud dia bukan selama ni kita tutup mata tapi selama ni kita butakan mata kita dari tengok kesalahan diri sendiri. kemudian dengan bangganya letakkan semua kelemahan, kesalahan dibahu orang lain. yang salah, yang jahat semua orang lain. yang baik, yang sempurna semua kita. ohh takperlu lah nak mengaku benda yang bukannya milik kita. hanya Dia yang sempurna, jadi tak perlulah nak melutut di tepian gantang, mengharap pada yang tak pasti. disepuluh yang terakhir ni apa kata kita cuba maafkan kesalahan semua orang dan harap orang lain pon akan buat perkara yang sama. tak perlu nak tunggu raya baru nak bermaaf maaf. itu adat bukan dituntut dalam agama pon. tapi dalam islam, sesiapa yang tak bertegur sapa, berpalingkan wajah selama tiga hari ibarat sudah memutuskan silaturrahim. yaa tak perlu nak ingatkan aku tentang dosa aku. memang aku pernah tak bertegur sapa bukannya tiga hari tapi hampir tiga bulan. tpi tak salah kan bila kita dah dapat hdayah dari Dia untuk bertaubat menjadi lebih baik. kita jadikan masa lalu sebagai satu motivasi untuk terus melangkah ke depan untuk jadi lebih baik. Allah tak prnah kata yang orang kafir takkan pernah masuk islam, Allah tak kata yang pembunuh tak boleh kembali ke pangkal jalan, dan Allah tak kata semua penzina itu tempatnya di neraka. pernah dengar cerita seorang penzina yang bagi seekor anjing minum air gunakan kasut dia. terus dimasukkan ke syurga sebab ihsan dia dekat binatang. tapi seorang perempuan ni tak pernah tinggalkan ibadat wajib, ibadat sunat. disebabkan dia kurung seekor kucing terus dimasukkan ke neraka.
point dekat sini bukannya nak cerita pasal haiwan ka anjing ka kucing ka. tapi nak jelaskan yang rahmat Allah tu luas, hadir dalam banyak cara. tugas kita cuma berusaha semoga Allah beri hidayah Dia dan dengan rahmat Allah kita diletakkan di kalangan orang yang beriman.
"Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh" kemalasan diri melanda ibarat tsunami yang sekali membadai terus tak tinggalkan kesempatan untuk terus berjuang hanya yang kuat sahaja yang mampu tangani dan atasi segala kelemahan menjadi satu kekuatan yang sukar dikalahkan. *hiperbola disitu* kita tinggalkan ayat hiperbola yang manis kalah madu itu. sifat malas tu memang selalu hadir tanpa kita undang, kadang kadang kita dah semangat 10000peratus dah tapi tiba tiba malas kuasa sejuta. bukan salah kita, memang bukan salah kita tapi macam ustaz kata tadi kalau nak layan mengantuk sampai bila bila pon tak habis. kalau nak layan sifat malas tu sampai bila bila pon takkan capai kejayaan. dan disebabkan malas hanya dua kali ja sahur nasi. yang lain semua sahur nestum. bukannya sebab malas nak masak sebab makanan memang dah tersedia. tapi malas nak suap makanan, malas nak kunyah. sungguh malas sampai buka puasa dengan air ja sebab tak larat nak capai makanan. tak larat nak berjalan balik ke meja makan lepas solat. sungguh malas yang amat sangat. dan rasa diri ni sangat tak produktif. bila dekat sekolah ramai yang tegur kata aku macam forever alone ja tapi hakikatnya nak senyum kat kawan waktu pagi pon malas. maka aku hanya duduk sorang sorang dekat luar kelas sebab situ sejuk dan tak ada orang lain selain aku. pi lab pon sendirian, serius malas na bercakap pon. kalau boleh nak tidur sepanjang hari tapi kalau ikutkan rasa malas tu memang ramadhan kali ni tak bawa erti apa apa la. dan disebabkan masih ada sedikit kerajinan yang berbaki dalam diri tu yang tetap bersembang jugak. tu yang melawak juga dengan mereka. dan nasib baik solat dan belajar tu tak malas sangat kalau dak. memang innalillah terus la senang. malas sangat kan, dan disebabkan rasa diri ni tak produktif langsung tu yang mencabar diri untuk wujudkan satu post. maka insyaAllah jumpa lagi lepas raya. dan doakan supaya sama sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik. semoga ramdhan kali ni membawa berjuta juta rahmat dan kebaikan. tak lambat lagi kan nak wish SELAMAT BERPUASA.. ^-^
|