Revolution
sponsor vacation
Wednesday, 12 December 2012 02:03
assalamualaikum,

acewahhh dengar tajuk ja mesti dah jealous kan. base on the title aku ditaja untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bussiness management di United Kingdom

tapi benda tu tak jadi macam ni pon, auta ja yang sebenarnya kat bawah ni.

kami 40 anak harimau ditaja untuk bercuti ke Shah Alam dan melanjutkan percutian itu ke Kuala Lumpur.  memang la nampak common ja, tapi kalau benda tu ditaja sepenuhnya sampai pocket money pon dapat dah jadi incredible hulk dah tau. tambah pulak pi dengan umi beserta kengkawan yang lain. ada org kata vacation untuk menghargai jasa kitorang. kemudian aku pandang diri aku sepuluh kali campur buat pusingan tigaratusenampuluhdarjah . nampak sangat aku sendiri pon tak percaya yang aku dah berjasa kat sekolah, tapi betoi ka aku dah berjasa. aku dah terpegun tahap naruto shippuden dah ni. 

ok entry aku dah terlebih- lebih meruap macam kari yang dekat kedai nasi kandar tu. stop nonsense please. okay start our writing here, 

19.11.2012
around 7 am kami berkumpul dkt skolah dan bertolak naik bas jam 7.30. sampai dkt r&r gurun kami breakfast + singgah toilet + tgk cermin limaminit + cari kedai untuk topup. waktu dkt r&r kami jumpa dgn budak sekolah tanah merah kot kalau aku tak salah, depa pon pi shah alam jugak. sponsor trip jugak kot, disebabkan aku malas nak menyebok hal rumah tangga orang dan kedai topup pon tak bukak lagi kami pon pergi la tunggu dkt tepi bas. tapi malangnya pakcik castello bersama teman seperjuangannya tak sampai lagi, tak habis makan lagi kot. bila pakcik castello dah sampai kami pon naik la dalam bas buat gaya macam miss malaysia nak kena kawin paksa, laju ja masuk. 

lunch pulak dkt r&r tapah kot kalau aku tak silap, cikgu bagi seorang empatpuluhhinggit. kluar dari bas terus pi cari toilet lepastu baru cari meja lepas cari meja baru cari makanan.  kami makan nasik ayam ja, tapi disebabkan masalah technical aku rasa nasi ayam tu macam something wrong ja tapi licin jugak sepinggan lengkap dengan ayo milo lagi. masuk dalam bas terus rasa macam nak mengandung *choihh rasa nak muntah ja.
aku pon ambik keputusan untuk tidur beralaskan bulu kambing tiga kilogram   bahu umi dan aku tidur selama sepuluhminit sebab kakak kat belakang asyik hingaq ja. dalaam bas kalau tak silap aku kami pasang dvd assalamualaikum cinta kot. enjoy la jugak cerita tu daripada tak ada aktiviti apa-apa kan. sampai shah alam around 4 macam tu kot tapi aku tak ingat aktiviti apa yang berlaku lepas tu jadi aku abaikan saja, kami pon memunggahkan beg kami di homestay fafau a.k.a fara fauzana a.k.a penyampai radio hotfm tu a.k.a aku taktau apa dah. tapi dia takdak kalau aku tak silap emak dia kata fara pergi london kot. ok abaikan aku first macam excited dalam mamai bila dgar cerita tu pastu ditambah pulak dengan pakcik castello angkat kening enampuluhdarjah dekat aku suruh aku tengok gambo keluarga fara. aku pon buat-buat la teruja. lepastu baru ja keluar dari toilet dan nak berbaring ala-ala hello kitty atas katil pon tak boleh bila cikgu menyanyi lagu kuch kuch hota hai panggil turun bawah sebab nak teruskan vacation. aku macam, cikgu saya tak mandi lagipun.

lepastu pergi gm klang to shopping, benda yang paling aku meluat sejak zaman perang jepun lagi. tambah pula ikut kaum hawa bershopping sangatlah sakit kaki aku yang tak hado isi ni, sembilanpuluhperatustulang. berjalan kekiri dan kekanan macam tengah tunggu suami yang  tak keluar dari labor room ja. then umi ambik keputusan untuk beli kerongsang untuk sanak sedara sebab kat sana ada banya variety kot. 


almost 100 brooch to chooce
lepas habis menghabiskan duir sebanyak limabelashinggit di situ, aku cuma bawak keluar handbag dari mall tu. year end sale kot tu dapat murah sikit. keluar dari situ najihah tanya dkt aku kenai dak ketua murid tahun kita dulu. aku macam... tak ingat pun. then najihah tunjuk kat budak tu then lelaki tu pon macm senyum malu-malu kot. aku pon buat jawapan cover kata aku ingat, padahal tak ingat langsung pon kewujudan dia. 

after dinner dekat area-area situ jugak kami pergi i-city. ooo teruja nak main snow, even bukan salji betol pon. tapi aku ada nasihat dekat sesapa yang nak main snow tu make sure hampa berehat sebentar di toilet. nasihat berguna kot, waktu nak masuk tu akulah yang paling excited ala-ala nobita dapat nombor satu dalam kelas. kami jumpa budak sekolah bukit ka tanah merah ntah depa otw nak balik. so aku pon dengan terujanya memakai snow sweater.  tapi bila dah masuk dah la tak sewa kasut depa dengan alasan malas nak beratur panjang, jadi aku pon bertahan dari ribut salji yang melanda di selatan greenland. bila aku main gelongsor yang buat dari ais tu waktu nak sampai bawah, aku tengok umi jatuh pastu tengok belakang ada budak cina tu nak mai dekat dah dengan aku jadi aku pun buat-buat la jatuh sekali. sampai snow masuk dalam kasut. bila nak sampai belakang sekali aku dah rasa macam tak boleh nak jalan, kaki terlalulah kebas. rasa macam tak ada kaki dah, untuk mengelakkan aku jatuh sebab lantai tu tersangatlah licin jadi aku berjalan macam alien dari planet pluto. dah macam fantastic4 dah aku jalan.

lepas main almost three hours kot kami pon balik berehat dekat homestay. 

to be continued.......

                                                                                                                           sincerely
                                                                                                                            adilamansor



OLDERNEWER

Misa Amane - Death Note