Revolution
sepuluh yang terakhir
Friday 2 August 2013 02:40
Assalamualaikum..

"kita tak layak untuk merubah manusia untuk berhijrah menjadi baik kerana si Pemberi hidayah adalah Allah.Tapi kita boleh berusaha."

bila bercakap tentang agama mulalah isu pakaian dibangkitkan, isu dosa semalam dicanangkan, isu kekhilafan diri diperkatakan.

tak semestinya tudung tak labuh dia tak menutup aurat. bukan semua manusia hidup selamanya dalam dosa. dan tak ada manusia yang tak pernah khilaf.


jadi jadikan ramadhan kali ni sebagai satu batu loncatan untuk jadi yang lbih baik dari semalam. buka mata kita. buka mata? emm maksud dia bukan selama ni kita tutup mata tapi selama ni kita butakan mata kita dari tengok kesalahan diri sendiri. kemudian dengan bangganya letakkan semua kelemahan, kesalahan dibahu orang lain. yang salah, yang jahat semua orang lain. yang baik, yang sempurna semua kita. ohh takperlu lah nak mengaku benda yang bukannya milik kita. hanya Dia yang sempurna, jadi tak perlulah nak melutut di tepian gantang, mengharap pada yang tak pasti.

disepuluh yang terakhir ni apa kata kita cuba maafkan kesalahan semua orang dan harap orang lain pon akan buat perkara yang sama. tak perlu nak tunggu raya baru nak bermaaf maaf. itu adat bukan dituntut dalam agama pon. tapi dalam islam, sesiapa yang tak bertegur sapa, berpalingkan wajah selama tiga hari ibarat sudah memutuskan silaturrahim.

yaa tak perlu nak ingatkan aku tentang dosa aku. memang aku pernah tak bertegur sapa bukannya tiga hari tapi hampir tiga bulan. tpi tak salah kan bila kita dah dapat hdayah dari Dia untuk bertaubat menjadi lebih baik. kita jadikan masa lalu sebagai satu motivasi untuk terus melangkah ke depan untuk jadi lebih baik. Allah tak prnah kata yang orang kafir takkan pernah masuk islam, Allah tak kata yang pembunuh tak boleh kembali ke pangkal jalan, dan Allah tak kata semua penzina itu tempatnya di neraka.

pernah dengar cerita seorang penzina yang bagi seekor anjing minum air gunakan kasut dia. terus dimasukkan ke syurga sebab ihsan dia dekat binatang. tapi seorang perempuan ni tak pernah tinggalkan ibadat wajib, ibadat sunat. disebabkan dia kurung seekor kucing terus dimasukkan ke neraka.


point dekat sini bukannya nak cerita pasal haiwan ka anjing ka kucing ka. tapi nak jelaskan yang rahmat Allah tu luas, hadir dalam banyak cara. tugas kita cuma berusaha semoga Allah beri hidayah Dia dan dengan rahmat Allah kita diletakkan di kalangan orang yang beriman.

"Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh"

kemalasan diri melanda ibarat tsunami yang sekali membadai terus tak tinggalkan kesempatan untuk terus berjuang hanya yang kuat sahaja yang mampu tangani dan atasi segala kelemahan menjadi satu kekuatan yang sukar dikalahkan. *hiperbola disitu*

kita tinggalkan ayat hiperbola yang manis kalah madu itu. sifat malas tu memang selalu hadir tanpa kita undang, kadang kadang kita dah semangat 10000peratus dah tapi tiba tiba malas kuasa sejuta. bukan salah kita, memang bukan salah kita tapi macam ustaz kata tadi kalau nak layan mengantuk sampai bila bila pon tak habis. kalau nak layan sifat malas tu sampai bila bila pon takkan capai kejayaan. 

dan disebabkan malas hanya dua kali ja sahur nasi. yang lain semua sahur nestum. bukannya sebab malas nak masak sebab makanan memang dah tersedia. tapi malas nak suap makanan, malas nak kunyah. sungguh malas sampai buka puasa dengan air ja sebab tak larat nak capai makanan. tak larat nak berjalan balik ke meja makan lepas solat. sungguh malas yang amat sangat. dan rasa diri ni sangat tak produktif.

bila dekat sekolah ramai yang tegur kata aku macam forever alone ja tapi hakikatnya nak senyum kat kawan waktu pagi pon malas. maka aku hanya duduk sorang sorang dekat luar kelas sebab situ sejuk dan tak ada orang lain selain aku. pi lab pon sendirian, serius malas na bercakap pon. kalau boleh nak tidur sepanjang hari tapi kalau ikutkan rasa malas tu memang ramadhan kali ni tak bawa erti apa apa la. 

dan disebabkan masih ada sedikit kerajinan yang berbaki dalam diri tu yang tetap bersembang jugak. tu yang melawak juga dengan mereka. dan nasib baik solat dan belajar tu tak malas sangat kalau dak. memang innalillah terus la senang. malas sangat kan, dan disebabkan rasa diri ni tak produktif langsung tu yang mencabar diri untuk wujudkan satu post.


maka insyaAllah jumpa lagi lepas raya. dan doakan supaya sama sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik. semoga ramdhan kali ni membawa berjuta juta rahmat dan kebaikan.

tak lambat lagi kan nak wish SELAMAT BERPUASA.. ^-^

after all this time, its still you. -kulim,2013,bahas negeri-






Maka Aplikasi Komunikasi
Friday 10 May 2013 00:15
Assalamualaikum.. salam sejahtera, salam transformasi, salam kasih sayang dan salam 1Malaysia..
Wahh sudah lama tak menghabiskan masa dengan blog terchenta.. sudah banyak sarang tebuan di sini yaa. Baiklah tanpa membuang masa kita kembali ke tajuk kita ja lah. senang. tak payah nak berkias bagai. semak. semak.

oklah gua ni nak buka cerita pasal forum hari tu. pasal bahas dah ada satu entri khas kan, aishh takkan untuk forum takhado pulak. nanti kato eden ini pilih kosih pulok. ok here we goooo.. bercerita pasal forum ni kena sedia sekotak tisu yaa anak anak sekalian. sangat tragis kalah drama dekat tibi nuhhh..

sebulan sebelum.
 baru nak mencari peserta. baru nak siapkan teks. baru nak tahu macam mana kronologi waktu berlawan forum*tapi sampai hari lawan baru tau sebenarnya*. waktu fad cakap forum lawan 180minutes tu terkejut jugak. wehh habih saliva eden sapo nok gonti. padahal 20 minutes keseluruhan. aihh fad.. fad..

minggu nak lawan
kena rombak teks dari awal hingga akhir. kata orang dari A sampai Z. kena hafal lain. bahasa bunga mendayu macam puteri snow white semua hilang habih. dah la dengan duduk hostel and the bad thing is laptop hanya ada satu. dan teks kami berempat nak kena siapkan dalam masa sehari.. ohh memang tak letak harapan serendah lalang pon.
setiap kali pintu library terbuka dan cikgu datang tengok kami, setiap kali tu lah cikgu akan sampaikan berita buruk yang memang buruk la. cikgu kata yang cikgu takkan ikut waktu kami lawan. cikgu kata yang kereta tak cukup. cikgu kata yang semua cikgu tak boleh ikut kami. cikgu kata yang kami kena uruskan diri sendiri dekat sekolah sana. uwarghhhh *nak tisuu*.. nasib baik la kak qilah sudi nak menghambakan diri nak ikut kami.
tahu dak yang esok nak lawan, hari ni baru siap teks. aishh dah tu dengan nak kena hafal apa semua laa.
masalah datang satu persatu macam Tuhan dah bagi hint suruh kami give up. tapi malam tu sembahyang jemaah la. bina kekuatan, sama sama hadapi semua cabaran.
waktu nak buat latihan akhir untuk malam tu zu dapat satu panggilan. and lepas dapat call tu semua orang macam takdak mood nak berlatih bagai. and aku hanya melayan phone ja malam tu. aishh kalau aku layan call tu nanti emosi tak stabil pulak. fad duk layan lagu ja. aishh pokok kata semua orang duk buat kerja masing masing ja la. aish pokok ja yang kata daun tak kata ok.

17/4/2013

and we are the first group yang perform dalam kumpulan 2. keketarannya takpayah tanya emang tak rasa langsung. serius cakap tak ketar langsung. tapi waktu perform aku rasa aku yang paling aktif. ishhh tak reti tau dak nak buat muka cuak macam fad. jadi aku kekal senyum dari awal sampai akhir. dan disebabkan pertambahan usia mungkin, jarak penglihatan pun semakin kabur rasanya. jadi aku cuma nampak aifaa, kakqilah, abg smkak, and pengerusi majlis. syukur gila taknampak ramai orang. kalau dak mesti ketar habiss..
our performence gone smooth ja. tapi slack dekat masa. habis ja perform ada yang bagi harapan kata kami boleh pi peringkat seterusnya. tapi aku memang tak terfikir ke arah itu pun. waktu perform tu rasa macam tengah buat latihan biasa ja. tak rasa nikmat nak bertanding mungkin. 
last of the day, after dah habis semua sekolah persembahkan forum memasing. uuu penyampaian sijil. yang ni paling tak tahan. dah la kami yang dapat sijil first kot. bila mereka sebut SMK SULTANAH BAHIYAH, aku bangun la tapi aku tengok yang lain tak bangun pon then aku duduk balik. tlepastu bangun balik, lepas tu duduk balik. kali ketiga bangun, tersasul cakap 'MAKA APLIKASI KOMUNIKASI' lepas tu terus ambik sijil. semua ada 25 buah sekolah. group kami terlebih sebuah sekolah. but at last kitorang still boleh tersenyum bila ada yang memberitahu kata kami dapat numbor 3/9. ehh not bad right. lagi ok dari tahun lepas actually. seniors sendiri yang cakap.

keputusan forum remaja.
1- kolej sultan abdul hamid
2-saina
3-smk tunku abdul malik.


diakhir penulisan ini, mai sat nak puji kolej. lawan bahas dan forum ditempat yang berbeza dan dapat ihat perbezaan budaya dia. walaupun kolej ni sekolah lelaki semua dan sekolah waktu lawan bahas tu sekolah campur. tapi rasanya kolej lagi hormat pengunjung kot. waktu lawan bahas tu memang tak selamat gila. 
anddddd nak wish goodluck dekat pasukan forum kolej yang nak bertanding peringkat negeri sabtu ni. you all have ours doa....

kegagalan atau kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung kepada kerjasama yang mereka terima daripada orang yang ada dalam organisasi tersebut.




pengalaman
Sunday 24 March 2013 21:50
assalamualaikum.. sihat??

dah makan, dah solat?? dah  buat homework??
homework?? dah buat tapi macam yang aku selalu kata la, 'homework takkan pernah habis'.

okay back to our topic. PENGALAMAN..
sebenarnya topic ni dipilih secara rambang ja.. nak menunjukkan betapa pentingnya pengalaman kepada seorang pelajar..*choihh awat skema sangat malam.

unknown: tak rasa rugi ka tinggal kelas??
me: tak. sebab saya tinggal kelas untuk dapatkan pengalaman. pengalaman mematangkan manusia.
*google
     
almost a month jugak la aku tinggal kelas. first berlatih bahas untuk peringkat daerah then berlatih untuk peringkat negeri pulak. peringkat negeri tu kami kalah first round dengan SMK Jitra.. memang tak boleh nak kata apa dah.. SMK Jitra kuat, kami yang tengok ni pon macam terduduk ja tengok kepetahan depa bercakap. ok stop here, nanti terlebih comment, terbocor kelebihan kedua-dua pasukan pulak.

pergi sekolah esok tu terus study untuk MARCH TEST.. even sebenarnya tak study pon.. esok tu baru study. tu pon dua-tiga minit sebelum ambik exam.. and keputusan pon memang sakai la.. tapi bersyukur gila sebab takdak fail.. 
aku target fail ja untuk semua subjek.. then bila dapat markah macam tak percaya.. rasa macam nak pi dekat cikgu then cakap 
             "cikgu, bnyak sangat ni markah dia".
bayangkan bila korang target fail, tapi tak fail.. macam terkejut.. tapi still bersyukur la.. sekurang kurangnya tak fail..

unknown: dapat result teruk ni sebab tinggal kelas la kan??
me: nope. dapat result macam ni bukan sebab tinggal kelas tapi sebab malas nak berusaha.

*google

and dah malas nak berahsia sangat. my result  4A, 1B, 4C..
tak payah la nak tnya ada 'plus' ka takdak.. ada tu mmg ada tapi perlu kah nak bagitau semua??
and dapat numbor 52/232. tak terkilan sangat la. sebab tak masuk kelas then boleh lagi dapat numbor 52.. then terpikir la jugak.. org yang masuk dalam kelas tu la yg sepatutnya dapat numbor macam tu.. bukan aku.. tapi tu la nama dia rezeki..
so nak cerita memang terkejut la jugak tahun lepas top 50. tahun ni dah lepas target...

*google
 akhir kata.. lepas ni takpayah la nak tanya result aku.. tak payah la nak bash aku sebab aku tak masuk kelas.. nmpak google pon kata 'kejayaan bergantung pada usaha' bukan pada kau masuk kelas ka tak.. dah memang aku malas, memang bnyak tu ja la aku dapat.. oh pity on me.



"From this day on, when I look back on past, I will smile and say to myself  'I never thought I could do it..but I did..I overcome all the people who tried to bring me down.." -google-


OLDERNEWER

Misa Amane - Death Note